Pada suatu hari, aku berjalan seorangan di satu jalan lurus yang sunyi. Tiba-tiba satu cahaya terpancar dari langit. Dengan perasaan berdebar-debar, aku cuba beranikan diri untuk memandang ke atas. Owh... lampu jalan baru menyala rupanya. Aku meneruskan perjalananku...
Aku melihat dengan mata, bercakap melalui mulut, mendengar menerusi telinga, berfikir menggunakan akal. Rupa-rupanya, aku sama seperti orang lain.
Favourite Websites
Apa yang mata kita lihat...
Mana hijaunya?
Pertama kali aku bukakan pintu jendela, aku melihat langit yang biru dan kehijauan alam di sekitarnya. 100 tahun kemudian, aku bukakannya kembali, aku melihat asap yang berkepul-kepul di langit dan silauan cahaya yang terpantul daripada pencakar langit.
Toreh-toreh
Warna kulit tak membawa kau ke mana-mana. Suatu hari nanti kembalinya kau ke tempat yang sama...
Pegang tangan anda sendiri
Tiada benda yang hidup selamanya di muka bumi ini. Tapi sekiranya ianya wujud selama anda hidup, anda akan rasakan ia tidak pernah mati.
0 comments:
Post a Comment