Click here to budakstudio »

Tuesday, May 5, 2009

Khabar dari Timur (episod 5): Selamat tinggal semester 3

Semester 3 berakhir sudah... Seperti baru semalam segalanya bermula, hari ini kita melihat ia menutup tirainya. Suasana studio yang pada awalnya penuh meriah, kadang-kala huru-hara, hari ini sunyi sepi, hanya tinggalan kertas-kertas yang terpakai. 5 bulan berlalu, umpama lima minit mata memejam dan mencelik. Semester depan tinggal beberapa bulan sahaja, hati berdebar-debar menantikan apakah dugaan seterusnya yang perlu dihadapi... Yang pasti cuti ini tidak menjanjikan ketenangan kerana menantikan keputusan yang bakal diperolehi. Semester 3 sudah berakhir... seperti baru semalam segalanya bermula...