Click here to budakstudio »

Tuesday, May 28, 2013

My sign 28 May 2013


Monday, May 17, 2010

Come on guys!

Life's short, still so many things to see... And all the bizarre and extraordinary things that occur in this world, hopefully the future generation has the opportunity to experience it... We are too busy worrying about our needs of surviving, yet we forget that to preserve the nature is the key to survive in this world... Because not only we need them, but they need us too...

Saturday, May 1, 2010

Kerana tiada apa-apa

Sehelai rambutku gugur kerana cuba memahami struktur hidup ini dengan terlalu mendalam... setitis peluhku menitik ke tanah ketika aku cuba mengangkat beban hidup yang tidak tertanggung oleh tubuhku ini. Sebesar alam ini, dimanakah tempat aku berada sebenarnya?
Sekian lama aku berjalan mencari setitik air untuk menghilangkan kehausan tetapi entah apa yang ditemui disepanjang perjalanan itu. Ketenangan yang diberi amat disyukuri, tetapi dugaan yang ditanggung buat diri lemah seketika. Tetapi itu bukan alasan untuk terus terbujur di atas tanah tanpa bangkit semula dan meneruskan perjalanan.
Semoga perjalanan aku diredhai oleh-Nya...

Friday, December 11, 2009

khabar Dari Timur (Episod 6)

Sedikit peringatan kepada diri sendiri yang telah lama tidak berada di ruangan ini... Memikirkan tentang cukupkah bekalan buat diri di hari pengadilan. Sudah cukupkah kuota untuk rohani ini memperoleh ganjaran di penghujung perjalanan...

Saturday, July 4, 2009

Pabila pagar makan padi...


Hari ini, satu pengajaran baru yang aku pelajari dalam hidup ini. Meskipun perkara ini telah lama wujud, begitu lama semenjak generasi anak Adam yang awal dan aku yakin dialami oleh setiap orang. Sifat ini begitu dibenci sehingga sekiranya dibiarkan berlarutan, pertumpahan darah mungkin akan berlaku. Sekiranya tidak mencapai tahap itu pun, individu yang menjadi mangsa pasti akan mengalami trauma dalam hidup mereka dan mungkin akan menyebabkan jiwa mereka terganggu dan kemurungan.
Hasad dengki....
Sifat yang paling hampir dengan fitnah, dan seperti yang kita ketahui, fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Secara kasarnya, kita tidak mampu melihat dimana logiknya perkara yang hanya menggunakan pertuturan mampu membuatkan ia lebih kejam daripada membunuh. Tetapi jika dilihat dari perspektif yang berbeza, dan pemahaman yang lebih mendalam, kita dapat melihat bahawa fitnah itu memberi kesan yang begitu halus dalam jiwa mangsa. Bila keadaan berlarutan, ia akan menular seperti virus yang tidak nampak pada zahir, tetapi jika mampu dilihat pasti kita sendiri pun akan merasa keseksaan itu.
Segala yang berlaku itu berpunca daripada salah satu sifat syaitan iaitu hasad dengki. Lebih buruk sekiranya ia berlaku didalam kelompok manusia yang mempunyai pertalian persahabatan dan sekian lama saling mempercayai satu sama lain. Perkara ini lebih senang disebut sebagai 'kawan makan kawan'. Sifat ini harus dibuang oleh setiap manusia yang inginkan keperibadian yang suci. Mungkin sifat ini sukar untuk dibendung sepenuhnya kerana setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi sekurang-kurangnya ia harus dikawal agar tidak menjadi kebencian kepada sesama sendiri.
Kerana kebencian itulah yang membawa manusia setapak lagi ke arah kemusnahan.

Tuesday, May 5, 2009

Khabar dari Timur (episod 5): Selamat tinggal semester 3

Semester 3 berakhir sudah... Seperti baru semalam segalanya bermula, hari ini kita melihat ia menutup tirainya. Suasana studio yang pada awalnya penuh meriah, kadang-kala huru-hara, hari ini sunyi sepi, hanya tinggalan kertas-kertas yang terpakai. 5 bulan berlalu, umpama lima minit mata memejam dan mencelik. Semester depan tinggal beberapa bulan sahaja, hati berdebar-debar menantikan apakah dugaan seterusnya yang perlu dihadapi... Yang pasti cuti ini tidak menjanjikan ketenangan kerana menantikan keputusan yang bakal diperolehi. Semester 3 sudah berakhir... seperti baru semalam segalanya bermula...

Sunday, March 15, 2009

Tidak bertajuk

Dalam perjalanan ini, mencari erti mengenali diri.... siapa kita sebenarnya, tika dan waktu suatu suratan.... akhirnya ketemu, aku rindu..... inilah duniaku, impi damai di sisimu.... inilah bebasku, bersamamu yang kurindu... inilah duniaku, insan seni di sisimu.... inilah bebasku, bersamamu yang kurindu....